APA ITU PEPIAS?

VISI

PEPIAS sebagai wadah dalam melahirkan aktivis pelajar Islam di Negeri Selangor yang mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam secara menyeluruh bagi mencapai tamadun khayra ummah.

MOTTO

Generasi Penerus Harapan Ummah (GPHU)

MISI

Melahirkan secara berterusan aktivis pelajar Islam yang punya kefahaman Islam yang baik dan istiqomah bagi mencapai visi PEPIAS.

INFOZONE

Apa yang perlu anda tahu mengenai PEPIAS?

LAGU PERSADA PEPIAS

BUDAYA 7 PEPIAS

HALATUJU

9 ORIENTASI GERAKAN

CAWANGAN-CAWANGAN PEPIAS

PROMINI PEPIAS

Sejarah PEPIAS

Era 70-an menyaksikan fenomena kebangkitan ummat di seluruh dunia supaya kembali kepada ajaran Islam. Pertubuhan seperti Ikhwanul Muslimin, Jameat Islami dan ABIM adalah antara pertubuhan yang vokal dalam memperjuangkan idea ini pada ketika itu. Fenomena ini disemarakkan lagi dengan tercetusnya Revolusi Iran pada tahun 1978. Suasana inilah yang melatari penubuhan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) pada ketika itu.

  • 1970-an

    Kelahiran PEPIAS

    PEPIAS pada mulanya merupakan wadah kesinambungan idealisme bagi bekas - bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang pernah beroperasi di Jalan Hamzah, Kuala Lumpur bermula Mac 1971. Kolej Yayasan Anda ditubuhkan dengan tujuan menyediakan peluang belajar kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Persatuan tersebut mulanya dikenali sebagai Persatuan Pelajar Islam Antara Sekolah (PEPIAS).

  • 1990-an

    Pengukuhan agenda PEPIAS

    Walaupun telah bergerak aktif di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur dan jajahan negeri Selangor selepas itu, namun persatuan ini hanya didaftarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dibawah akta pertubuhan 1966 (nombor pendaftaran; 1508/92). Presiden PEPIAS yang pertama adalah Saudara Nizal Mohamad (Bekas personalti TV3 dan penasihat TV Al-Hijrah).

  • 1 Oktober 1992

    Kelahiran Semula PEPIAS

    PEPIAS pada ketika itu telah didaftarkan dengan nama Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan. Semenjak itu, berasaskan dua gagasan utama iaitu kebajikan dan pendidikan, PEPIAS terus mengorak langkah kehadapan dengan membuat pelbagai percubaan dan pendekatan dalam mendepani masalah ummat yang kian mencabar.

  • "Generasi Penerus Harapan Ummah"

    Pasca 2000

    Pada tahun 2009, PEPIAS telah berdaftar di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (ROY) PPBM 4872/09, dengan nama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS). Pada tahun 2012, PEPIAS sudah mencapai 21 tahun penubuhannya secara rasmi dan Presiden ke-6 telah ditabalkan. Sehubungan dengan itu, menjelang tahun 2013, PEPIAS telah merangka pelan jangka panjang bagi memastikan ahli-ahli PEPIAS menjadi ahli yang mempunyai sifat kesukarelawanan dan berkualiti tinggi. PEPIAS juga ingin lebih ke hadapan dengan beberapa pelan pembangunan dan latihan untuk sekretariat dan sekolah-sekolah yang berada dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.


  • GPHU

PIMPINAN PEPIAS PUSAT 2016/2017

Ahmad Asyraf Abdul Salam

Presiden

Abdullah Izzuddin

Timbalan Presiden

Muhd Zulhamizan

Naib Presiden

Fahmi Adzha

Setiausaha Agung

Nurul Najihah

Penolong Setiausaha Agung 1

Dalila Zaidi

Penolong Setiausaha Agung 2

Fatin Nuraqila

Naib Presiden Helwani

Nabeel Nadzri

Bendahari Agung

Lina Khalida

Penolong Bendahari Agung

Hubungi Kami !


Sekretariat PEPIAS Pusat, Lot 1690-8, Jalan Dato Hj Kaharuddin, Kg Changkat, batu 6 3/4, 53100 Kampong Gombak, Selangor, Malaysia KLIK UNTUK KE SEKRETARIAT PEPIAS

+603-6178 2244